//Zyhah Baharin




meluahkan perasaan melalui tindakan :)
Sunday, April 15, 2012 ? 0 Spongebob ?




okayy , hari ini zyhah rajin nak memberi anda tips . hope berguna lah aeh .
nihh pun dapat rumusan selepas godek godek dalam google tadi .
okay a big clap , clap and clap to mr or mrs google .
HAHA .
okayy , jom mulaaaa :D

Bagi seseorang yang menghargai perkataan cinta, ianya pasti agak sukar untuk mereka meluahkan perasaan itu. Adakah luahan yang dilakukan hanyalah semata-mata pengisytiharan atau komitmen yang sanggup diberikan? Adakah ia hanya satu ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan? adakah anda mengetahui tujuan utama anda meluahkannya? dan wujud pelbagai persoalan lagi. Ramai pendapat yang bersetuju bahawa luahan adalah tidak penting berbanding tindakan atau perlakuan. Utamakan tindakan terlebih dahulu kemudian barulah ianya disusuli pula dengan luahan kata-kata.betul ke ? bagi zyhah kata-kata pun penting jugak . tapi ni bagi korang yang segan silu nak meluahkan melalui perkataan cubalah melalui tindakan .
bak kata pepatah "malu malu kucing" HAHA .
kot kot la hampa dapat cinta sejati hampa kann 
*teeediaaa kuaq penang dahh , HAHA :D
so , tak salah kalau kita mencuba melalui tindakan pulak  :)

579739_3734531640205_1183486740_3680104_1188124558_n_large

Tunjukkan penghargaan anda kepada si dia :
Cara paling senang untuk anda meluahkan perasaan cinta adalah dengan menunjukkan penghargaan kepada seseorang. Terdapat pelbagai cara untuk anda menunjukkan penghargaan andaa. Ianya hanya terpulang kepada kreativiti anda sendiri. Salah satu contoh yang mungkin boleh diberikan adalah dengan memberikannya kad ucapan penghargaan, kata-kata yang merujuk penghargaan, tunjukkan rasa hormat kepadanya atau dengan memberikan hadiah. Ianya tidak seharus berbentuk meterialistik semata-mata, terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda .ulang sekali lagi yaa * KEIKHLASAN itu penting.kalau anda tak ikhlas , nampak sangat lah anda hanya menganggap cinta itu biasa :)
Meluangkan masa bersama :
 Sekiranya anda sanggup untuk meluangkan masa terhadapnya, ia juga merupakan salah satu cara luahan perasaan yang terbaik. Terutamanya terhadap perhubungan yang melibatkan jarak jauh. Ianya bukan hanya boleh diaplikasi untuk pasangan bercinta sahaja, sebaliknya anda juga boleh menggunakannya sebagai luahan perasaan cinta kepada ibu bapa anda sendiri yang semestinya lebih penting dari segalanya. Disini anda perlu ingat bahawa wang bukanlah        segala-galanya.so jangan materialistik okayy :D
Memberikan sokongan :
 Disebalik kejayaan seseorang, pasti ada seseorang yang memberikannya seratus peratus sokongan untuk berusaha lebih gigih untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Sekiranya anda betul-betul mencintai seseorang itu, sentiasalah memberikan sokongan terhadap segala usaha yang sedang diusahakannya. Berkemungkinan besar sokongan anda yang tidak putus-putus akan memberikan pulangan yang berharga bukan terhadap dirinya sahaja, tetapi diri anda juga.
Mengambil berat :
untuk pengetahuan anda , seseorang itu akan mengetahui jika anda mengambil berat terhadap si dia . bukan mengongkong okay , tapi mengambil berat . selalu lah bertanya khabar tentang si dia . jika si dia sedang sakit , jagalah si dia dengan sepenuh hati anda . kalau tak sayang jangan ambil berat , buang masa je kan ? ye dok ? HAHA :p
okayy , hope membantu korang yang "shy shy" gituuu :)





Thanks for reading buddies :)




Older PostNewer Post